Contoh: Anak tingkatan 3 ada 9 mata pelajaran. Setiap subjek ~10 bab. Setiap bab ~6 subtopik.
Jumlah: ~540 tajuk kecil. Terlalu banyak untuk otak ingat.
Bila nak ulang kaji, anak sesat — tak tahu mula mana.
Sistem2U tukar masalah ini jadi mudah.
1 Akaun Ibubapa • 3 Anak • RM49 Setahun Untuk Aktifkan Sistem
Sistem2U direka untuk remaja urus sendiri ulang kaji mereka.
Ratusan tajuk kecil dalam kepala. Bila buka buku, anak nampak semua — otak terus tolak. Akibatnya: tutup buku, main telefon.
Subjek mana? Bab mana? Tajuk mana? Terlalu banyak pilihan. Anak akhirnya tak buat apa-apa sebab tak tahu nak mula mana.
Anak cakap "dah belajar". Ibubapa tak boleh sahkan. Bila exam teruk, baru tahu anak sebenarnya tak faham.
Bila hampir SPM, baru sedar banyak benda tak ulang kaji. Masa tak cukup. Anak panik, ibubapa stress.
Anak taip subtopik dari buku teks atau copy paste dari internet. Tanda 3 warna. Sistem susun keutamaan. Setiap hari, anak buka — nampak 5 sahaja.
Buka buku teks. Taip nama mata pelajaran, bab, dan subtopik. Anak taip sendiri atau copy paste dari internet. Sistem tidak bagi senarai siap — ini bina pemahaman.
Setiap subtopik ada 3 status: 🔴 Belum | 🟡 Separuh | 🟢 Sudah. Anak tanda jujur ikut tahap penguasaan dia.
Bila anak buka dashboard, sistem tunjuk 5 subtopik sahaja. Susun ikut keutamaan: yang baru, yang lama tak sentuh, yang perlu ulang.
Anda nampak peratus, taburan 3 warna, prestasi setiap subjek. Tidak nampak nama subtopik — itu peribadi anak.
Manusia boleh fikir 3 benda serentak. 5 benda — otak tolak.
Belum faham langsung. Perlu belajar dari mula. Sistem akan cadang ulang kaji setiap hari.
Faham separuh. Kadang keliru. Perlu ulang kaji ringan. Status paling jujur — kebanyakan benda memang separuh faham.
Boleh jawab tanpa buka buku. Betul-betul faham. Sistem tidak cadang lagi — tapi ingatkan ulang 30 hari.
Status boleh naik dan turun. Anak boleh lupa. Tanda jujur, sistem akan cadang ulang kaji.
Sistem tidak menghukum. Exam yang akan dedahkan realiti.
Kalau anak tanda semua 🟢 padahal belum faham — exam akan dedahkan nanti. Bila rekod sistem tak sepadan dengan markah exam, itu tanda anak perlu jujur semula. Sistem hanya tunjuk data. Ibubapa dan anak buat kesimpulan sendiri.
Anak tidak dibandingkan dengan anak lain. Setiap anak ada peta dia sendiri. Ini buat anak selamat untuk jujur — tak takut dihakimi.
Anak yang tanda status sendiri = anak yang belajar mengurus diri. Kemahiran ini kekal sampai dewasa.
Anak mula belajar susun diri sendiri sebelum beban bertambah.
Tahun paling banyak subjek. Sistem tolong anak kekal terkawal sebelum pilih aliran Tingkatan 4.
Persiapan SPM. Sistem tolong anak pastikan semua tajuk diulang kaji sebelum exam.
Satu akaun ibubapa. Sehingga 3 anak. Bayar sekali, akses 12 bulan.
(maksimum 3 anak sekolah)
Daftar percuma. Bayar RM49 hanya bila nak aktifkan sistem.
Mula hari ini. Daftar percuma, cuba sistem, bayar bila yakin.
DAFTAR AKAUN SEKARANGSudah ada akaun? Log Masuk Di Sini