Kembali ke Dashboard

Panduan Sistem2U

Sistem2U membantu anak menyusun ulang kaji ikut buku teks. Anak taip sendiri, tanda 3 warna. Sistem susun keutamaan.

Apa Sistem2U Lakukan

Sistem2U bukan tempat belajar. Ia peta ulang kaji yang anak bina sendiri berdasarkan buku teks.

Masalah yang diselesaikan:

Penyelesaian:

Penting: Sistem2U tidak menyimpan silibus. Anak taip sendiri ikut buku teks. Sistem hanya alat susun.

Dua Mod untuk Anak

Sistem2U menyokong dua kumpulan umur yang berbeza:

1

Mendaftar Akaun Ibubapa

Nota: Pendaftaran adalah percuma. Anda boleh daftar dan cipta profil anak tanpa bayaran. Bayaran RM49 hanya bila nak aktifkan sistem.
2

Mencipta Profil Anak

Di Dashboard Ibubapa, cari kotak "Daftar Profil Baru". Isi maklumat asas:

Selepas daftar:

Had: Boleh cipta sehingga 3 profil anak dalam satu akaun. Boleh campur mod (contoh: 1 anak link + 2 anak login).
3

Aktifkan VIP (RM49/Tahun)

Apa yang VIP beri:

Peringatan: Sebelum VIP aktif, anak akan nampak mesej "Sistem Belum Aktif" bila cuba masuk. Ini untuk elak penggunaan tanpa bayaran.
4

Anak Mula Guna Sistem

Bergantung pada mod anak, cara masuk berbeza:

Penting (kedua-dua mod): Anak taip sendiri nama mata pelajaran, bab, dan subtopik. Sistem tidak bagi senarai siap. Ini untuk jaga hakcipta dan bina pemahaman anak.
5

3 Warna Status Subtopik

Setiap subtopik ada 3 butang warna. Anak tekan ikut tahap penguasaan:

Status Maksud Bila Tanda
🔴 Belum Belum faham langsung Subtopik baru / belum belajar / dah lupa sepenuhnya
🟡 Separuh Faham separuh, kadang keliru Boleh jawab sebahagian, perlu rujuk nota
🟢 Sudah Dah kuasai sepenuhnya Boleh jawab tanpa buka buku

Peraturan penting:

Jujur adalah kunci. Kalau anak tanda 🟢 padahal belum faham, exam akan dedahkan nanti. Sistem ini bantu anak jujur dengan diri sendiri.
6

Kotak Fokus Hari Ini

Bila anak buka dashboard, dia akan nampak kotak berwarna di atas:

Bagaimana sistem pilih 5 subtopik:

  1. Subtopik baru belum mula (paling tinggi).
  2. Subtopik 🟡 lama tak diulang (>14 hari).
  3. Subtopik 🔴 lama tak sentuh (>30 hari).
  4. Subtopik 🟢 lama tak diulang (>30 hari).
Kenapa 5 sahaja? Otak manusia hanya boleh proses 5–7 benda serentak. Kalau tunjuk 540 subtopik, anak akan give up. 5 sahaja = anak boleh mula.
7

Dashboard Ibubapa — Analitik

Selepas anak mula guna sistem, anda boleh pantau kemajuan di:

Dashboard utama:

Analitik penuh (kerjaya.php):

Anda tidak nampak: Nama subtopik, nama bab, nama mata pelajaran yang anak taip. Itu peribadi anak. Anda hanya nampak peratus dan corak.

Jana Link Baru (Mod Link)

Khas untuk ibubapa yang ada anak 10–12 tahun (mod link).

Bila perlu jana link baru:

Cara jana link baru:

  1. Di Dashboard Ibubapa, cari kad anak (mod link).
  2. Klik butang 🔄 (kuning) di sebelah butang "Salin Link".
  3. Sistem akan tanya pengesahan → tekan "OK".
  4. Link baru dijana serta-merta.
  5. Link lama tidak lagi berfungsi.
  6. Salin link baru → hantar ke anak.
Peringatan: Setelah jana link baru, anak yang sedang menggunakan link lama perlu buka link baru untuk sambung. Rekod kemajuan kekal sama — hanya link akses sahaja yang berubah.

Soalan Lazim (FAQ)

❓ Apa beza sistem ini dengan buku nota biasa?

Buku nota simpan maklumat. Sistem ini susun keutamaan. Bila anak buka, dia nampak 5 subtopik sahaja — bukan 540.

❓ Kenapa anak kena taip sendiri, bukan sistem bagi senarai?

Atas sebab hakcipta — sistem tidak boleh simpan silibus rasmi. Anak (atau ibubapa untuk anak 10–12) taip sendiri ikut buku teks. Ini juga bina pemahaman anak.

❓ Anak boleh guna sistem sebelum ibubapa bayar?

Tidak. Anak akan nampak mesej "Sistem Belum Aktif". Anda perlu upgrade VIP (RM49 setahun) supaya anak boleh masuk.

❓ Apa beza anak 10–12 dengan anak 13–18?

Anak 10–12 (Link): ibubapa urus struktur, anak tanda sahaja melalui link khas.
Anak 13–18 (Login): anak login sendiri, urus dan tanda sendiri.
Dua-dua boleh guna dalam satu akaun ibubapa.

❓ Bagaimana anak saya yang berumur 11 tahun nak guna sistem?

Ibubapa perlu daftar profil anak dengan umur 10–12. Sistem akan jana link khas. Ibubapa urus subjek/bab/subtopik untuk anak. Kemudian hantar link kepada anak — anak tanda status sahaja.

❓ Boleh tak anak 10–12 urus subjek sendiri?

Tidak. Anak 10–12 hanya boleh tanda status. Ibubapa yang urus struktur (subjek, bab, subtopik). Ini untuk pastikan anak fokus pada belajar, bukan urus struktur.

❓ Bila perlu jana link baru untuk anak?

Bila telefon anak hilang, link tersebar, atau anda nak batalkan akses lama. Klik butang 🔄 pada kad anak → link baru dijana → link lama tidak sah. Data kekal sama.

❓ Berapa banyak subtopik boleh anak taip?

Tiada had. Boleh taip sebanyak yang perlu. Cadangan: ikut buku teks, satu bab satu masa.

❓ Anak boleh padam subtopik salah?

Ya. Boleh edit nama atau padam bila-bila masa. Data lama disimpan (soft delete), tidak hilang terus.

❓ Bila nak tukar status ke 🟢?

Bila anak boleh jawab soalan tanpa buka buku. Kalau masih perlu rujuk nota, tanda 🟡.

❓ Status boleh turun balik ke 🔴?

Ya. Ini realistik — anak boleh lupa. Tanda jujur, sistem akan cadang ulang kaji.

❓ Berapa lama anak patut guna sistem setiap hari?

Cukup 1–2 minit sehari. Buka, tanda 5 subtopik, tutup. Itu sahaja.

❓ Adakah data anak selamat?

Ya. Data hanya milik anda dan anak. Tiada pihak ketiga boleh akses. Tiada iklan.

❓ Kalau anak tipu tanda semua 🟢?

Sistem tidak boleh halang. Tetapi exam akan dedahkan. Bila rekod tidak sepadan dengan markah, itu tanda anak perlu jujur semula.

❓ Boleh guna 1 akaun untuk ramai anak?

Ya. Satu akaun ibubapa boleh ada sehingga 3 anak. Boleh campur mod — contoh: 1 anak link + 2 anak login.

❓ Bila langganan tamat, data hilang?

Tidak. Data kekal. Bila anda renew, anak boleh terus guna. Kalau tidak renew, anak tak boleh masuk sahaja.

Perlukan Bantuan Lanjut?

Hubungi admin melalui WhatsApp. Kami sedia membantu.

WhatsApp Admin